Assalamualaikum...
dan akhirnya setelah setahun projek blog PSS SMK Jengka 2 ini terbengkalai. Akhirnya... akan mulalah mencari bahan-bahan yang sesuai... InsyaAllah..
PUSAT SUMBER SMK JENGKA 2
ReVoluTions From EvoLutiOns
Thursday, March 8, 2012
Thursday, March 24, 2011
CERITERA HIKAYAT
Terpanggil kerana keseronokan terolah jua akhirnya filem HIKAYAT MERONG MAHAWANGSA... dari PNM meminjam...
Hikayat adalah hasil kesusasteraan Melayu lama. Pada umumnya, hikayat dicipta tanpa diketahui nama pengarang dan tarikh dikarang. Hikayat mengandungi ciri-ciri kesaktian, keberanian dan kegagahan wira yang luar biasa. Pengarang juga melukiskan kejelitaan puteri raja, kegagahan hulubalang, bala tentera yang tidak terkira banyaknya, serta binatang dan benda-benda yang berunsur magis. Di dalam hikayat selalunya terdapat pertandingan yang menguji kepahlawanan wira yang sering kali dikurniakan dengan kesaktian. Wira akhirnya menjadi juara mengalahkan lawannya yang terdiri daripada anak-anak raja dan mengahwini puteri raja yang menjadi rebutan.
|
MSS 1714 Hikayat Bayan Budiman Disalin pada 17 Syawal 1336H. [26 Julai 1918M.] Hikayat ini merupakan satu hikayat yang popular yang juga dikenali denganHikayat Khoja Maimun. Ia mengisahkan kebijaksanaan seekor burung bayan yang telah menyampaikan berbagai cerita dengan tujuan menghindar Bibi Zainab, isteri Khoja Maimun, daripada berlaku curang semasa ketiadaan suaminya. | |
MSS 1063 (A) Hikayat Inderaputera Disalin oleh Kapitan Salimuddin pada 19 Oktober 1866 di Kampung Kertel, Sri Lanka. Mengisahkan pengembaraan Inderaputera untuk mendapatkan ubat bagi mengubati Puteri Mengindera Sari Bulan yang dihadapinya dengan pelbagai rintangan dan kesaktian. | |
MSS 437 Hikayat Nabi mikraj Disalin pada hari Jumaat, 1310H. [1892M.] Menceritakan peristiwa Nabi dibawa ke langit mengadap Allah. | |
MSS 427 Hikayat Amir Hamzah Menceritakan kegagahan dan keberanian Amir Hamzah. | |
MSS 2718 Hikayat Isma Dewa Disalin pada waktu zuhur, 17 Safar oleh Abdul Samad Jawi Kelantan. Menceritakan kegagahan dan kesaktian Isma Dewa yang berjaya mengalahkan kaum jin, naga, raksaksa, binatang dan lain-lain rintangan. | |
MSS 426 Hikayat Marakarma Mengisahkan pengembaraan Marakarma yang mengalami peristiwa-peristiwa sedih dan menghadapi berbagai peperangan. | |
MSS 438 Hikayat Indera Quraisyin Dikarang oleh seorang pengarang yang tidak diketahui namanya yang berasal dari masyarakat Melayu Sri Lanka. Mengisahkan pengembaraan Indera Quraisyin untuk mencari Tuan Puteri Zamzam Ratna Angkasa. Pelbagai halangan dan ujian terpaksa ditempuhinya, namun kerana kebijaksanaan dan kegagahannya semuanya dapat diatasi. | |
MSS 435 Hikayat Kejadian Baginda Rasulullah Mengisahkan tentang susur galur keturunan Nabi Muhammad s.a.w, peristiwa yang berlaku sebelum kelahiran Baginda, sejarah hidup, perjuangan dan mukjizat Baginda dalam menyampaikan agama Islam kepada umat manusia. | |
MSS 2341 Hikayat Nabi Sulaiman Tamat disalin pada hari Ahad, bulan Syaaban Mengisahkan tentang Nabi Sulaiman a.s yang dilantik menjadi raja di Baitul Muqaddis. Baginda mempunyai sebentuk cincin kekuasaan kerajaannya yang membolehkan Baginda melakukan pelbagai perkara yang luar biasa. Cincin itu kemudiannya dicuri oleh jin setelah memperdayakan Balqis isteri beliau. Di akhir cerita cincin itu ditemui kembali. | |
MSS 422 Hikayat Ahmad Muhammad Disalin oleh Samsuddin ibn al-Taif pada hari Khamis 13 Zulhijjah bersamaan 18 April 1867M. di Lapiti, [Sri Lanka]. Mengisahkan tentang dua orang putera raja negeri Syam iaitu Ahmad dan Muhammad. Mereka telah mengembara untuk menyelamatkan diri dari dibunuh oleh seorang nakhoda. Semasa pengembaraan mereka telah menghadapi pelbagai rintangan dan pada satu ketika mereka telah berpisah, tetapi akhirnya bertemu semula. |
Tuesday, March 1, 2011
MESYUARAT GURU KALI KE-2 TAHUN 2011
Tajuknya ialah TAKLIMAT KENAIKAN PANGKAT... penerangan tentang pekeliling terbaru dan perubahan pucuk pimpinan yang sedia ada , pemimpin kanan masuk ke tingkatan enam, time based, jawatan hakiki dan sebagainya mengenai perjawatan. Aku amat tertarik kepada ayat pengakhiran ini.. cubalah fikirkan wahai guru sekelian Malaysia..
"Saya membawa proposal serta memberi penerangan tentang urusan kenaikan pangkat untuk guru tingkatan enam di Sumber Manusia Putrajaya, rupanya salah seorang daripada mereka ialah anak murid saya pada tahun 1993 kalau tak silap. Bayangkanlah dia yang mengurus perjawatan bagi negeri JOHOR berada dalam gred M52, yang kita ni tercongok depan dia dalam gred gaji DG44. Kalau ikut time based sekarang gaji saya mati dalam gred 48 dan ada 8 tahun lagi perkhidmatan. Jadi saya kena cari jalan lain untuk menaikkan gred gaji saya.. sebagai seorang guru biasa..."
____________________

Monday, February 21, 2011
Acara Minggu Ini
Hari ini adalah pengumuman keputusan STPM 2010... dapat apa yea... itu semua esok barulah kita sesama ketahui... hari ini kita lihat jadual Pra-sukan pada minggu lepas serta jadual Sukan pada Minggu ini..
Wednesday, February 16, 2011
LAWATAN TIMBALAN PENGARAH JPN PAHANG
Pada hari ini bersamaan 16 Feb 2011, Rabu .... Tuan Timbalan Jabatan Pelajaran Pahang telah datang membuat lawatan lapangan khas untuk bertemu dengan pelajar-pelajar tingkatan 6 tahun 2011. Sekarang sedang menjalankan tugas sebagai bekas seorang guru dengan memberi motivasi kepada pelajar di sekolah dalam siri 'marathon bertemu pelajar di 20 buah sekolah seluruh Pahang". Sekolah ini merupakan sekolah paling nostalgik bagi beliau... kenapa? tunggu rakamannya yang akan disiarkan esok...
Monday, February 14, 2011
BENAR
Benarlah kata pentadbir - Semua bantuan kewangan dari Kementerian adalah semata-mata untuk kegunaan pelajar sahaja, kembalikan sahaja kepada pelajar. Jangan ikut perasaan kerana "Bukan semua yang kita nak akan dapat".
Friday, February 11, 2011
Low Motivations : ???
Salam...
Pada hari Jumaat yang mulia ini... something happen..
Bukanlah tujuan blog ini dihasilkan semata-mata untuk kegunaan peribadi tetapi lebih kepada sebagai alat media bagi mewar-warkan aktiviti serta berita semasa dalam sekolah dan berkaitan dengannya kepada khalayak siber. Hatta, bukan juga untuk melangkah kuasa kerja bahagian ICT sekolah, tetapi lebih kepada sebagai mengintegrasikan sumber dan kemahiran suatu tempat yang dinamakan PUSAT SUMBER.
Apa itu PUSAT SUMBER? Sumber apa yang ada terdapat di dalamnya? Pada mulanya kita hanya memikirkan bahawa pusat sumber itu adalah tempat -menyimpan buku, membaca buku, mencari buku rujukan, dan semuanya tentang buku bacaan -. Termasuk penulis bersangka sedemikian. Pernyataan seperti di atas itu adalah merujuk kepada 'PERPUSTAKAAN' atau KHUTUB KHANAH . (oooo begitu rupanya!). Jadi apa itu Pusat Sumber?
PUSAT SUMBER merupakan sebuah PUSAT INTEGRASI (PI);
1. PI Maklumat Pembelajaran dan Pengajaran
2. PI Pengumpulan bahan-bahan
3. PI Penyimpanan dan Arkib
4. PI Promosi dan Dokumentasi
5. PI Rujukan Maklumat
6. PI Menarik Minat Membaca
7. PI Menarik Minat Belajar
8. PI Program Lawatan
9. PI Alat Pandang Dengar.
Maka PCG hanya diagihkan seperti berikut (berdasarkan buku panduan tugasan pengurusan pusat sumber sekolah untuk GPMS /BTP KPM) :
1. Membeli Buku Fiksyen
2. Membeli Buku Bukan Fiksyen (pinjaman & rujukan)
3. Membeli Bahan Terbitan Berkala
3. Membeli Bahan Memproses Buku (Penjilidan)
4. Membeli Bahan Keceriaan (tapi jangan banyak sangat kata audit)
5. Membeli Harta Modal spt Rak Buku (tapi jangan banyak sangat kata audit)
6. Membeli Bahan Bukan Buku spt Perisian Pembelajaran
Itulah saja yang boleh dibeli...
--------------------------_________________________________________--------------------------
Low Motivation? Why?
Seseorang telah membuat anggaran belanjawan jika PCG dah masuk kelak (mungkin mac ini) untuk kegunaan PSS..
Antaranya ialah :
1. Keyboard Yamaha (RM 2000) - tujuan untuk kegunaan ABM terhad (kerana sek men tiada subjek muzik)
2. Digital Drum Yamaha (RM 2000) - tujuan sda
3. Data Disk (external harddisk) 1 terabyte x 2 (RM 500)- 1 untuk pengurusan stok dan 1 untuk data aktiviti
4. DVD burner (external) (RM250) - Sebagai simpanan data kekal aktiviti dan data pengurusan serta data bahan P&P
5. Kamera Digital (RM 500) - Rakaman Peristiwa sekolah serta aktiviti luar integrasi sekolah
6. Laminator (RM 500) - proses penjilidan
7. Radio with usb jack (RM 350) - APD
8. a. Rak Buku 15 petak (RM 250)
b. Almari Fail Berkaca (RM 250)
c. Troli Buku (RM 150)
d. Rak Buku Besi (RM 500)
Jumlah PCG berdasarkan lebih dari 1000 orang pelajar. (belian bahan selain buku yang telah dirancang setahun lalu)
** Setelah dirujuk dengan Audit Bahagian Sekolah, Pekeliling, Rakan-rakan GPMS, Kerani Kewangan, Dan lain-lain sumber
Perkara 1dan 2 memang tidak boleh dibeli. Perkara 3,4 dan 5 adalah di bawah unit ICT. Perkara 6,7 dan 8 telah mendapat kelulusan.
--------------------__________________________-------
Low Motivations....Why?
1. GPMS berkemahiran dalam seni persembahan maka jika ada alat muzik asas seperti diatas maka tidak perlu panggil penggubah muzik luar untuk membuat lagu dan latihan bagi pertandingan Nasyid, Koir, dan sebagainya. Malah guru lain juga boleh menggunakannya (pinjam dari PSS) sebagai alat menarik minat pelajar belajar dengan unik (rujuk MBMMBI).
2. Sekarang ialah zaman ICT, semua data berbentuk maya atau softcopy, sepatutnya fungsi penyimpanan data secara maya berpusat bukanlah di makmal komputer tetapi di Pusat Sumber yang lebih terbuka sebagai Pusat Rujukan dan Multimedia. Sementelahan Pusat Akses dan Makmal Komputer pun di bawah bidang kuasa PUSAT SUMBER SEKOLAH. Cuma kewangannya ... maka laporan aktiviti nak bubuh mana? dalam fail kulit keras? gambar aktiviti mana nak letak? ingat zaman filem dulu ke? sekarang zaman SD dan HD card. Print gambar kemudian buang dari memory..
3. So Low lah motivations...
4. Ada ramai juga yang nasihatkan supaya memusingkan bil. Dalam bil beli benda lain dapat benda lain. Beli yang hapus kira / habis guna seperti kertas dsbg... tetapi JUJURkah itu... Janganlah terlalu jujur katanya.. Menteri pun tak semua jujur...
Think Allah.... Allah Maha Melihat...
Renungkan, fikirkan. Ini bukan kritikan tapi mengharap penambahbaikkan... InsyaAllah..
Wassalam.....
______________________________________________________

Wednesday, February 9, 2011
Monday, February 7, 2011
Perhimpunan Pagi selepas cuti Tahun Baru Cina 2011
Dimulakan dengan Salam.... Assalammualaikum...
Setelah bercuti selama 9 hari penuh, maka pada hari ini mungkin masih ada 'monday blues' bagi pelajar-pelajar. Namun Perhimpunan pagi tetap berjalan seperti biasa. Cerah, tenang dan seperti biasa. Antara isi dan isu yang dicanang-canangkan ialah...:
- Siput mampu tidur selama 3 tahun (sebab tu sikap siput macam siput jugak) manakala manusia normal tidur antara 6 hingga 8 jam sahaja sehari,- Gajah Afrika boleh hamil selama 600 hari, -sekeping coklat boleh membunuh seekor anjing, -manusia yang menggunakan tangan kanan hidup 9 tahun lebih lama daripada manusia kidal (jadi carilah pasangan yang sama tangan jika hendak sehidup semati), -Lelaki lebih mudah dipanah petir.... itulah info dari guru bertugas minggu ini - Pn Suriani
- Lengkapkan SMM sehingga esok sahaja bagi memudahkan pihak pengurusan menyelaras fasa II pembahagian netbook. - Pn Rabiah
- Minggu ini pertandingan keceriaan kelas bermula. - En Harun
- Kursus MARA bagi lepasan SPM dan STPM. - En Manan
- Ucaptama = Azam baru, Tanggungjawab Pelajar ; - Pn Hasmiza (GPK T6)
a) patuh dan hormat kepada peraturan sekolah
b) Hormati guru dan kakitangan sekolah
c) Belajar bersungguh-sungguh
d) menaikkan imej sekolah dalam semua bidang
e) Kerjasama dan satupadu dengan semua kaum
f) terlibat dengan aktiviti yang disediakan oleh sekolah
g) Guna dan hargai kemudahan yang disediakan di sekolah
Wassalam...
hari ini juga dalam email yang diterima, pertaruran serta tema Festival Nasyid Sekolah-sekolah Malaysia diterima... Alhamdulillah terima awal, maka sempatlah jika berlatih dan kompos lagunya.. Tema tahun ini ialah "Akidah Kukuh Sahsiah Terpuji"

Sunday, February 6, 2011
Friday, January 28, 2011
ABM - Alat Bantu Mengajar Vs Alat Menarik Minat Pelajar
Saalam Jumaat,
Sekolah ini merupakan sekolah menengah, maka tiada peralatan muzik moden kecuali alat muzik kepunyaan asrama iaitu set alat muzik nasyid (lengkap) dan kompang (18 biji). Peralatan tersebut bukan untuk ABM. Kalau ya pun, mana gurunya yang nak guna di dalam kelas. Berbeza dengan sekolah rendah kerana di sekolah rendah memang ada subjek muzik maka tidak hairan jika ada sekolah rendah yang mempunyai studio muzik atau bilik muzik tersendiri. Jika ada di sekolah menengah pun tentunya sekolah seni sahaja atau sekolah swasta.
Untuk mendapatkan set kugiran bagi sekolah menengah, ada beberapa cara iaitu atas ihsan subsidi PIBG atau Tajaan Syarikat mana-mana atau beli sendiri (guru) atau dari PCG KoKu. PCG KoKu pun atas budi bicara tuan pengetua berdasarkan kertas kerja.
PSS sebagai pusat sumber ilmiah dan ABM sekolah sepatutnya ada peralatan yang sedemikian rupa, namun jika ada pun siapa yang nak guna? siapa pula yang pandai guna? maka terbantut jugalah adanya.
Saya ada mendengarkan khabar berita, mungkin angin mungkin benar, bahawa ada dakwaan di dalam daerah ini terdapat sekolah menengah yang mempunyai set orkestra lengkap, dan masih berbalut dan berada dalam kotak. Untuk apa jangan tanya kami. Di sekolah tersebut juga tiada guru muzik (kerana sekolah menengah harian biasa). Dan jika ada aktiviti budaya atau apa sahaja yang meminta persembahan dari pelajar, masih tiada peralatan dari sekolah tersebut atau pelajar yang digunapakai. Sayang bakat atau sayang alat?
Aktiviti KPM untuk pelajar saban tahun yang seingat-ingat kami seperti Pertnd Tarian, Tertand Nasyid, Nyanyian Solo, Koir, Bintang Asli, Teater KomSas, dsbgnya semuanya untuk apa, jika bukan menyerlahkan bakat pelajar dan membina keyakinan diri pelajar. Bukan kononnya maksiat semata-mata. Bukan hibura semata-mata.Hmmm...
Harapan agar tertunai untuk sekolah ini mempunyai alat muzik seperti di bawah ini, ibarat kata pepatah moden "TAK PANDAI BOLEH BELAJAR, DAH PANDAI BOLEH MENGAJAR"

'sesungguhnya potensi dan bakat pelajar itu seumpama permata diperlimbahan. nampak bersinar tapi geli untuk disauk'-
pss smkj2 2011
Yamaha Digital Drum - DD65 |
Yamaha Digital Piano - DGX230 "SELAMAT TAHUN BARU CINA - 2011" |
Thursday, January 27, 2011
Kejohanan Merentas Desa SMK J2 2011
Brosure Merentas Desa 2011 |
Tuesday, January 25, 2011
KEJOHANAN MERENTAS DESA 2011
Esok bersamaan 26 Januari 2011, hari Rabu, akan diadakan Kejohanan Merentas Desa SMK Jengka 2 bagi tahun 2011, Kali yang ke-30 tahun... Dijemput semua warga Jengka 2 untuk turut sama memeriahkan kejohanan tersebut.
Acara bermula pada jam 7.20 pagi... maklumat lanjut sila hubungi pihak pentadbiran.

Monday, January 24, 2011
Subscribe to:
Posts (Atom)