Tuesday, March 1, 2011

MESYUARAT GURU KALI KE-2 TAHUN 2011

Tajuknya ialah TAKLIMAT KENAIKAN PANGKAT... penerangan tentang pekeliling terbaru dan perubahan pucuk pimpinan yang sedia ada , pemimpin kanan masuk ke tingkatan enam, time based, jawatan hakiki dan sebagainya mengenai perjawatan. Aku amat tertarik kepada ayat pengakhiran ini.. cubalah fikirkan wahai guru sekelian Malaysia..

"Saya membawa proposal serta memberi penerangan tentang urusan kenaikan pangkat untuk guru tingkatan enam di Sumber Manusia Putrajaya, rupanya salah seorang daripada mereka ialah anak murid saya pada tahun 1993 kalau tak silap. Bayangkanlah dia yang mengurus perjawatan bagi negeri JOHOR berada dalam gred M52, yang kita ni tercongok depan dia dalam gred gaji DG44. Kalau ikut time based sekarang gaji saya mati dalam gred 48 dan ada 8 tahun lagi perkhidmatan. Jadi saya kena cari jalan lain untuk menaikkan gred gaji saya.. sebagai seorang guru biasa..."

____________________