Friday, January 28, 2011

ABM - Alat Bantu Mengajar Vs Alat Menarik Minat Pelajar

Saalam Jumaat,


Sekolah ini merupakan sekolah menengah, maka tiada peralatan muzik moden kecuali alat muzik kepunyaan asrama iaitu set alat muzik nasyid (lengkap) dan kompang (18 biji). Peralatan tersebut bukan untuk ABM. Kalau ya pun, mana gurunya yang nak guna di dalam kelas. Berbeza dengan sekolah rendah kerana di sekolah rendah memang ada subjek muzik maka tidak hairan jika ada sekolah rendah yang mempunyai studio muzik atau bilik muzik tersendiri. Jika ada di sekolah menengah pun tentunya sekolah seni sahaja atau sekolah swasta. 


Untuk mendapatkan set kugiran bagi sekolah menengah, ada beberapa cara iaitu atas ihsan subsidi PIBG atau Tajaan Syarikat mana-mana atau beli sendiri (guru) atau dari PCG KoKu. PCG KoKu pun atas budi bicara tuan pengetua berdasarkan kertas kerja. 


PSS sebagai pusat sumber ilmiah dan ABM sekolah sepatutnya ada peralatan yang sedemikian rupa, namun jika ada pun siapa yang nak guna? siapa pula yang pandai guna? maka terbantut jugalah adanya.


Saya ada mendengarkan khabar berita, mungkin angin mungkin benar, bahawa ada dakwaan di dalam daerah ini terdapat sekolah menengah yang mempunyai set orkestra lengkap, dan masih berbalut dan berada dalam kotak. Untuk apa jangan tanya kami. Di sekolah tersebut juga tiada guru muzik (kerana sekolah menengah harian biasa). Dan jika ada aktiviti budaya atau apa sahaja yang meminta persembahan dari pelajar, masih tiada peralatan dari sekolah tersebut atau pelajar yang digunapakai. Sayang bakat atau sayang alat?


Aktiviti KPM untuk pelajar saban tahun yang seingat-ingat kami seperti Pertnd Tarian, Tertand Nasyid, Nyanyian Solo, Koir, Bintang Asli, Teater KomSas, dsbgnya semuanya untuk apa, jika bukan menyerlahkan bakat pelajar dan membina keyakinan diri pelajar. Bukan kononnya maksiat semata-mata. Bukan hibura semata-mata.Hmmm...


Harapan agar tertunai untuk sekolah ini mempunyai alat muzik seperti di bawah ini, ibarat kata pepatah moden "TAK PANDAI BOLEH BELAJAR, DAH PANDAI BOLEH MENGAJAR"

'sesungguhnya potensi dan bakat pelajar itu seumpama permata diperlimbahan. nampak bersinar tapi geli untuk disauk'
pss smkj2 2011


Yamaha Digital Drum - DD65

Yamaha Digital Piano - DGX230

"SELAMAT TAHUN BARU CINA - 2011"

No comments:

Post a Comment