Friday, February 11, 2011

Low Motivations : ???

Salam...

Pada hari Jumaat yang mulia ini... something happen..
Bukanlah tujuan blog ini dihasilkan semata-mata untuk kegunaan peribadi tetapi lebih kepada sebagai alat media bagi mewar-warkan aktiviti serta berita semasa dalam sekolah dan berkaitan dengannya kepada khalayak siber. Hatta, bukan juga untuk melangkah kuasa kerja bahagian ICT sekolah, tetapi lebih kepada sebagai mengintegrasikan sumber dan kemahiran suatu tempat yang dinamakan PUSAT SUMBER.

Apa itu PUSAT SUMBER? Sumber apa yang ada terdapat di dalamnya? Pada mulanya kita hanya memikirkan bahawa pusat sumber itu adalah tempat -menyimpan buku, membaca buku, mencari buku rujukan, dan semuanya tentang buku bacaan -. Termasuk penulis bersangka sedemikian. Pernyataan seperti di atas itu adalah merujuk kepada 'PERPUSTAKAAN' atau KHUTUB KHANAH . (oooo begitu rupanya!). Jadi apa itu Pusat Sumber?

PUSAT SUMBER merupakan sebuah PUSAT INTEGRASI (PI);
     1. PI Maklumat Pembelajaran dan Pengajaran
     2. PI Pengumpulan bahan-bahan
     3. PI Penyimpanan dan Arkib
     4. PI Promosi dan Dokumentasi
     5. PI Rujukan Maklumat
     6. PI Menarik Minat Membaca
     7. PI Menarik Minat Belajar
     8. PI Program Lawatan
     9. PI Alat Pandang Dengar.

Maka PCG hanya diagihkan seperti berikut (berdasarkan buku panduan tugasan pengurusan pusat sumber sekolah untuk GPMS /BTP KPM) :
 1. Membeli Buku Fiksyen
 2.  Membeli Buku Bukan Fiksyen (pinjaman & rujukan)
 3.  Membeli Bahan Terbitan Berkala
 3.  Membeli Bahan Memproses Buku (Penjilidan)
 4.  Membeli Bahan Keceriaan (tapi jangan banyak sangat kata audit)
 5.  Membeli Harta Modal spt Rak Buku (tapi jangan banyak sangat kata audit)
 6.  Membeli Bahan Bukan Buku spt Perisian Pembelajaran
Itulah saja yang boleh dibeli...

--------------------------_________________________________________--------------------------

Low Motivation? Why?

Seseorang telah membuat anggaran belanjawan jika PCG dah masuk kelak (mungkin mac ini) untuk kegunaan PSS..
Antaranya ialah :

1. Keyboard Yamaha (RM 2000) - tujuan untuk kegunaan ABM terhad (kerana sek men tiada subjek muzik)
2. Digital Drum Yamaha (RM 2000) - tujuan sda

3. Data Disk (external harddisk) 1 terabyte x 2 (RM 500)- 1 untuk pengurusan stok dan 1 untuk data aktiviti
4. DVD burner (external) (RM250) - Sebagai simpanan data kekal aktiviti dan data pengurusan serta data bahan P&P
5. Kamera Digital (RM 500) - Rakaman Peristiwa sekolah serta aktiviti luar integrasi sekolah

6. Laminator (RM 500) - proses penjilidan

7. Radio with usb jack (RM 350) - APD

8. a. Rak Buku 15 petak (RM 250)
    b.  Almari Fail Berkaca (RM 250)
    c.  Troli Buku (RM 150)
    d.  Rak Buku Besi (RM 500)

Jumlah PCG berdasarkan lebih dari 1000 orang pelajar. (belian bahan selain buku yang telah dirancang setahun lalu)

** Setelah dirujuk dengan Audit Bahagian Sekolah, Pekeliling, Rakan-rakan GPMS, Kerani Kewangan, Dan lain-lain sumber

Perkara 1dan 2 memang tidak boleh dibeli. Perkara 3,4 dan 5 adalah di bawah unit ICT. Perkara 6,7 dan 8 telah mendapat kelulusan.
--------------------__________________________-------

Low Motivations....Why?

1. GPMS berkemahiran dalam seni persembahan maka jika ada alat muzik asas seperti diatas maka tidak perlu panggil penggubah muzik luar untuk membuat lagu dan latihan bagi pertandingan Nasyid, Koir, dan sebagainya. Malah guru lain juga boleh menggunakannya (pinjam dari PSS) sebagai alat menarik minat pelajar belajar dengan unik (rujuk MBMMBI).

2. Sekarang ialah zaman ICT, semua data berbentuk maya atau softcopy, sepatutnya fungsi penyimpanan data secara maya berpusat bukanlah di makmal komputer tetapi di Pusat Sumber yang lebih terbuka sebagai Pusat Rujukan dan Multimedia. Sementelahan Pusat Akses dan Makmal Komputer pun di bawah bidang kuasa PUSAT SUMBER SEKOLAH. Cuma kewangannya ... maka laporan aktiviti nak bubuh mana? dalam fail kulit keras? gambar aktiviti mana nak letak? ingat zaman filem dulu ke? sekarang zaman SD dan HD card. Print gambar kemudian buang dari memory..

3. So Low lah motivations...

4. Ada ramai juga yang nasihatkan supaya memusingkan bil. Dalam bil beli benda lain dapat benda lain. Beli yang hapus kira / habis guna seperti kertas dsbg... tetapi JUJURkah itu... Janganlah terlalu jujur katanya.. Menteri pun tak semua jujur...

Think Allah.... Allah Maha Melihat...
Renungkan, fikirkan. Ini bukan kritikan tapi mengharap penambahbaikkan... InsyaAllah..

Wassalam.....

______________________________________________________

No comments:

Post a Comment