Monday, February 7, 2011

Perhimpunan Pagi selepas cuti Tahun Baru Cina 2011

Dimulakan dengan Salam.... Assalammualaikum...

Setelah bercuti selama 9 hari penuh, maka pada hari ini mungkin masih ada 'monday blues' bagi pelajar-pelajar. Namun Perhimpunan pagi tetap berjalan seperti biasa. Cerah, tenang dan seperti biasa. Antara isi dan isu yang dicanang-canangkan  ialah...:

- Siput mampu tidur selama 3 tahun (sebab tu sikap siput macam siput jugak) manakala manusia normal tidur antara 6 hingga 8 jam sahaja sehari,- Gajah Afrika boleh hamil selama 600 hari, -sekeping coklat boleh membunuh seekor anjing, -manusia yang menggunakan tangan kanan hidup 9 tahun lebih lama daripada manusia kidal (jadi carilah pasangan yang sama tangan jika hendak sehidup semati), -Lelaki lebih mudah dipanah petir.... itulah info dari guru bertugas minggu ini - Pn Suriani


- Lengkapkan SMM sehingga esok sahaja bagi memudahkan pihak pengurusan menyelaras fasa II pembahagian netbook. - Pn Rabiah


- Minggu ini pertandingan keceriaan kelas bermula. - En Harun


- Kursus MARA bagi lepasan SPM dan STPM. - En Manan


- Ucaptama = Azam baru, Tanggungjawab Pelajar ; - Pn Hasmiza (GPK T6)
                      a) patuh dan hormat kepada peraturan sekolah
                      b) Hormati guru dan kakitangan sekolah
                      c) Belajar bersungguh-sungguh
                      d) menaikkan imej sekolah dalam semua bidang
                      e) Kerjasama dan satupadu dengan semua kaum
                      f) terlibat dengan aktiviti yang disediakan oleh sekolah
                      g) Guna dan hargai kemudahan yang disediakan di sekolah


Wassalam...


hari ini juga dalam email yang diterima, pertaruran serta tema Festival Nasyid Sekolah-sekolah Malaysia diterima... Alhamdulillah terima awal, maka sempatlah jika berlatih dan kompos lagunya.. Tema tahun ini ialah "Akidah Kukuh Sahsiah Terpuji"

No comments:

Post a Comment